JOHOR BAHRU, 12 JAN: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak terlibat dengan keputusan Majlis Timbangtara tentang kes yang melibatkan pemain kelab itu iaitu Akhyar Rashid.
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, kes tersebut adalah antara Akhyar dan bekas majikannya.
“Berkenaan keputusan Majlis Timbangtara melibatkan Akhyar Rashid, JDT ingin menjelaskan bahawa kelab ini tidak terbabit dalam keputusan tersebut.
“Kes tersebut adalah di antara Akhyar dan bekas majikan beliau berkenaan pampasan semasa penamatan kontrak, di mana JDT tidak terlibat pada ketika itu,” katanya.
Beliau dilaporkan berkata demikian menerusi laman Facebook rasmi JDT, hari ini.
Tambahnya, JDT telah berhubung dengan peguam dan dimaklumkan kelab bukan sebahagian daripada kes itu dan tidak terjejas dengan sebarang tuntutan.
“Jadi kepada mereka yang tidak memahami kes ini, tidak perlu melompat-lompat dan mengatakan bukan-bukan tentang keputusan itu,” tambahnya.
Johorkini