BM | EN | 中文

JDT tewaskan Suwon Bluewings FC 2-1

20200303_224925.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 3 MAC: Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menundukkan Suwon Bluewings FC 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Gol skuad Harimau Selatan itu disumbangkan Gonzalo Cabrera dan Mauricio Nascimento masing-masing pada minit ke-12 dan ke-72.

Manakala gol tunggal kelab bola sepak dari Korea Selatan itu dihasilkan menerusi jaringan Terry Antonis pada minit ke-51.

Advertisement

Gol pertama JDT terhasil menerusi sepakan penalti setelah pemain import JDT, Diogo Santo dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti.

Manakala gol kedua JDT terhasil apabila Nascimento berjaya menanduk masuk bola hantaran Nazmi Faiz menewaskan penjaga gol lawan, No Donggeon.

Dengan kemenangan itu, JDT berjaya mengumpul tiga mata meletakkan mereka di tangga kedua bagi Kumpulan G saingan ACL.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top