BM | EN | 中文

JDT terselamat di Kuala Terengganu, Melaka bernafas lega di Cheras

jdt-terengganu-FC-piala-malaysia.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

KUALA LUMPUR. 23 NOV: Terengganu FC (TFC) memilih jalan sukar dalam misi layak ke final Piala Malaysia 2021 selepas seri 1-1 ketika melayani kunjungan juara edisi 2019 Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung sengit malam tadi.

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zama! Abidin, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah berjaya mendahului seawal permainan, namun gagal mempertahankan kedudukan tersebut sekali gus memberikan kelebihan jaringan di tempat lawan kepada JDT menjelang pertembungan kedua, Jumaat ini.

Keputusan seri itu juga menyaksikan ego TFC dan JDT dalam kempen Piala Malaysia gagal direntap apabila kedua-dua pasukan sehingga kini masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Advertisement

Skuad bimbingan Ketua Jurulatih Mohd Nafuzi Zain yang masih segar dengan kejayaan di pentas suku akhir memulakan perrnainan dengan cemerlang apabila hanya memerlukan lapan minit untuk memecah kebuntuan menerusi tandukan Jordan Mintah yang tidak dikawal tiga pertahanan JDT dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora bangkit memburu gol penyamaan menerusi penyerang Bergson da Silva, namun gerakan solo pemain import dari Brazil yang disudahkan dengan rembatan kaki kin hanya sekadar menggegar tiang gol pada minit ke-11.

Bergson mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-41 tetapi rembatan lemahnya berjaya diselamatkan penjaga gol Mohd Suhaimi Husin sebelum Mintah mencemaskan kubu pertahanan JDT menerusi rembatan kaki kanan yang sedikit tersasar, dua minit berselang.

Advertisement

Jaringan penyamaan JDT akhirnya hadir di separuh masa kedua dengan Bergson yang menerima hantaran Arif Aiman Mohd Hanapi berjaya memperdaya dua pertahanan TFC sebelum melepaskan rembatan kencang kaki kanan untuk menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-50.

Kapten TFC Carlos Alberto De Murga terpaksa diusung keluar pada aksi tersebut susulan pelanggaran ‘keras’ bersama Bergson ketika dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya pasukan pada minit ke-77, beliau kemudian digantikan dengan Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri.

Mora membawa masuk empat pemain iaitu Safiq Rahim, Muhammad Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan Muhammad Syafiq Ahmad dalam usaha memburu gol kemenangan, namun kehadiran mereka gagal memberikan impak sehIngga wise] permainan ditiupkan.

Advertisement

Sementara itu, keputusan sama dicatat Kuala Lumpur (KL) City FC dan Melaka United FC pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang berlangsung tanpa penonton susulan insiden penyokong The City Boys’ menceroboh masuk ke padang pada aksi suku akhir kedua, Khamis lepas.

KL City FC kendalian Ketua Jurulatih Bojan Hodak terlebih dahulu menembusi gawang pasukan pelawat menerusi sepakan percuma Adriano Narcizo pada minit kelapan, namun tandukan pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke 26 memberi kelegaan kepada pasukan bimbingan Zainal Abldin Hassan.

Aksi seimbang pada separuh masa pertama terus dipamerkan kedua-dua pasukan pada 45 minit kedua permainan dengan kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sekali gus menyaksikan pasukan yang akan ke final akan ditentukan pada perlawanan separuh akhir kedua di Melaka, Jumaat ini.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top