BM | EN | 中文

JDT tekad tebus kekalahan

benjamin-mora.jpg

Gambar Ehsan Johor Southern Tigers

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 JUL: JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tekad menebus kekalahan dengan Pohang Steelers pada aksi Kumpulan G kempen Liga Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand pada malam Rabu.

Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, skuad Harimau Selatan yang sekali lagi bertemu kelab Korea Selatan itu akan membalas dendam selepas tewas dalam perlawanan pada Isnin.

Pengendali kelahiran Mexico itu berkata, hanya kemenangan menjadi buruan anak buahnya sekali gus menghidupkan peluang Harimau Selatan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Advertisement

“Segala rahsia juara tiga kali ACL itu sudah berada dalam poket JDT dan akan pastikan pisang tidak berbuah dua kali.

“Kami bertekad untuk tebus kekalahan tempoh hari dengan memperbaiki kelemahan pasukan serta beraksi dengan lebih baik berbanding aksi sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar menjelang pertemuan menentang Pohang Steelers di sini semalam.

JDT kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan G selepas mengutip tiga mata apabila mencatatkan satu kemenangan sahaja ketika menentang wakil tuan rumah, Ratchaburi FC.

Advertisement

Dua lagi perlawanan menentang Steelers dan kelab dari Jepun, Nagoya Grampus berakhir dengan kekalahan 0-1 dan 1-4.

Terdahulu, Mora dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata, pasukannya sudah dapat membaca permainan Pohang Steelers serta tahu kemampuan mereka di atas padang dengan lebih terperinci berbekalkan pengalaman yang lalu.

“Kami sudah bersiap sedia menjelang pertemuan ini dan berhasrat untuk merangkul tiga mata bagi menghidupkan peluang dalam kempen ini. Kita tidak boleh tewas lagi sekiranya ini terus berada dalam kempen ini,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, pemain JDT akan berjuang habis-habisan pada perlawanan itu bagi memperbaiki kedudukan dalam saingan peringkat kumpulan.

Jelasnya, para pemain sudah bersedia fizikal dan mental walaupun mengharungi jadual perlawanan yang padat.

“Jadual perlawanan yang padat memberi kesan kepada mental dan fizikal pemain. Tiga sepakan penalti yang dihadiahkan kepada pasukan lawan adalah bukanlah sesuatu yang normal.

Advertisement

“Pemain dituntut untuk memberi tumpuan penuh pada perlawanan itu dan mengelakkan melakukan kesilapan yang sama. Kami akan cuba menjadi lebih berbisa di bahagian serangan bagi memanfaatkan peluang mencipta jaringan,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top