BM | EN | 中文

JDT tarik nafas lega, menang tipis keatas PJ City

jdt-pj-city-fc-piala-malaysia.jpg

Gambar Ehsan Johor Southern Tigers

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 OKT: Johor Darul Ta (JDT) menarik nafas lega dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC dalam satu perlawanan sengit di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.

Pemain profifik JDT Gonzalo Cabrera muncul wira pasukan apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minis ketiga selepas berjaya memperdayakan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak menewaskan penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri, JDT dilihat selesa menguasai permainan manakala pasukan pelawat pula lebih banyak bermain di kawasan sendiri dan menunggu peluang untuk melakukan serangan balas.

Advertisement

Selepas dua perlawanan, JDT kekal menerajui carta kedudukan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, empat mata dipisahkan dengan pencabar terdekat Sabah FC yang mengutip dua mata sementara PJ City FC dan Kelantan FC masing-masing di tempat ketiga dan keempat berkongsi satu mata.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top