BM | EN | 中文

JDT TANDATANGAN PEMAIN USIA 5 TAHUN

Sukan-JDT.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun mungkin menjadi pemain termuda dalam sejarah bola sepak Malaysia untuk menandatangani kontrak dengan kelab profesional.

Menurut Pengarah Teknikal kelab Alistair Edwards Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), usaha itu merupakan sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang kelab dalam memberikan peluang kepada pemain-pemain cilik tempatan untuk perkembangkan karier mereka.

“Pemain yang dikenali sebagai Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah telah pun mendapat persetujuan kedua ibu bapanya dan sebelum ini beliau pernah bermain untuk TSS Selangor Elite FC.

Advertisement

“Usaha ini dapat memberikan pemain cilik seperti Tengku Sulaiman untuk kembangkan kariernya di dalam kelab yang mempunyai prasarana lengkap dan mempunyai kolaborasi dengan kelab-kelab luar negara,” katanya dalam satu kenyataan yang di muatnaik di Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.

Dalam posting yang sama, Johor Southern Tigers juga telah memuat naik sebuah klip video berdurasi 57 saat memaparkan bakat Tengku Sulaiman dalam kelebihan tendangan pecuma.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top