BM | EN | 中文

JDT sambut serta sokong Persatuan Bola Sepak Kudung Malaysia dan Projek Tongkat

IMG-20200107-WA0012.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JAN : Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menyambut kehadiran pemain serta pegawai Persatuan Bolasepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, semalam.

Menurut laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, JDT menjemput pasukan tersebut ke negeri ini sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kelab.

Ia seperti pada beberapa minggu sebelum ini memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana gempa bumi di Albania sebagai tambahan kepada pelbagai projek amal di masa lalu selain melakukan lawatan dan membantu rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, mangsa bencana banjir dan perlawanan JDT All-Stars Friendly di mana kutipan hasil tiket telah disumbangkan kepada tiga badan kebajikan.

Advertisement

Harimau Selatan dan Tunku Mahkota Ismail disertai pasukan tersebut, bermain bola sepak bersama serta memberi sumbangan kepada MAFA.

Manakala, Projek Tongkat, yang merupakan inisiatif kesedaran mengenai bola sepak kudung di Malaysia dan bagaimana sukan ini mampu menyatukan semua pemain dan penyokong dari seluruh pelusuk dunia termasuk mereka di zon konflik.

Pasukan yang digelar Harimau Kudung ini bakal beraksi dalam saingan bola sepak kudung dalam Kejohanan Enam Negara Piala Jemputan MAFA 2020.

Advertisement

Mereka juga sedang dalam persediaan untuk merealisasikan impian ke Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Kudung 2022

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top