BM | EN | 中文

JDT sambung kontrak Shane Lowry untuk dua tahun lagi

Shane-Lowry-JDT.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 5 OKT: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyambung kontrak pemain pertahanan kelahiran Australia pasukan itu, Shane Lowry selama dua tahun lagi.

Pengarah teknikal JDT Alistair Edwards berkata Lowry merupakan pemain yang hebat dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan selama enam bulan kontraknya dengan JOT.

“Beliau pada awalnya menandatangani kontrak selama enam bulan dan jelas sekali beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat balk kepada kelab.

Advertisement

‘Hari ini secara rasminya majlis menandatangani kontrak untuk menyambung kontrak selama dua tahun lagi: katanya kepada pemberita di ibu pejabat JDT di sini semalam.

Sementara itu, Lowry berkata beliau gembira untuk terus terikat dengan pasukan Harimau Selatan itu dan mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik JDT atas peluang yang diberikan itu.

“Sebaik sahaja saya mendengar JDT berminat, saya ingln menyertai pasukan itu kerana JDT mempunyai pakej yang lengkap.

Advertisement

“Saya hanya mempamerkan kelebihan dan prestasi diri. Mesti bekerja keras mulai sekarang kerana masih banyak yang perlu diperbaiki lagi, katanya.

Ketua Jurulatih JDT Benjamin Mora pula berkata bahawa beliau gembira dengan kehadiran Lowry di padang kerana beliau sentiasa mempunyai azam untuk menang.

“Secara keseluruhannya, beliau merupakan pemain yang hebat sama ada secara teknikal, taktik mahupun fizikal.

Advertisement

“Beliau mempunyai pemikiran yang hebat dan kita dapat memanfaatkan kelebihan pemain tengah kiri seperti dia. Jadi pihak pengurusan telah membuat keputusan yang betul dalam membawa masuk beliau,” katanya.

Lowry, 31, pernah bermain bersama beberapa kelab Inggeris seperti Leeds United, Sheffield United, Milwall dan Leyton Orient, selain pernah bermain untuk pasukan Australia, Perth Glory dalam Liga-A.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top