BM | EN | 中文

JDT sambar pemain muda dari Indonesia

JDT-Syahrian-Abimanyu-Indonesia.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Southern Tigers

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 DIS: Skuad Harimau Selatan semalam mengumumkan seorang lagi pemain baru dari Indonesia, Syahrian Abimanyu selepas Danial Amier Norhisham diumumkan sebagai pemain baharu pasukan itu semalam.

Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam laman Facebook rasminya menyatakan pengambilan pemain berusia 21 tahun itu merupakan sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang skuad berkenaan.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani bekas pelatih Levante berusia 21 tahun, Syahrian Abimanyu dari Indonesia sebagai sebahagian dari pelan jangka panjang kelab,” menurut kenyataan ringkas JDT.

Advertisement

Kelmarin, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan Danial Amier, bekas pemain Felda United untuk menyarung jersi Harimau Selatan dengan kontrak selama dua tahun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top