BM | EN | 中文

JDT sahkan tidak buat tawaran kepada Radamel Falcao

Martin-Prest-JDT.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini menjelaskan tidak membuat tawaran kepada penyerang kelab dari Turki Galatasaray, Radamel Falcao, bagi menyertai pasukan berkenaan, sebaliknya berita mengenai perkara itu hanya khabar angin semata-mata.

Pengarah Sukan JDT Martin Prest berkata, kelab itu tidak berada pada kedudukan kewangan yang kukuh untuk menandatangani pemain berstatus bintang atau marquee player antarabangsa berkenaan, disebabkan pandemik COVID-19.

“Kami percaya bahawa kedudukan kewangan kelab akan berada pada tahap lebih baik dalam masa satu hingga dua tahun, untuk mendapatkan pemain-pemain sedemikian.

Advertisement

“Kami perlu lebih berhemat dalam perbelanjaan ketika ini dan memberikan keutamaan kepada infrastruktur yang boleh membawa kebaikan kepada pembangunan: kata Prest menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi JDT hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kemungkinan JDT membawa masuk bekas bintang penyerang Colombia itu, selepas sebuah portal sukan Turki menerusi Twitter mereka mendedahkan, terdapat sebuah kelab popular Malaysia membuat permohonan untuk mendapatkan Falcao.

Falcao, 35, beraksi dengan Galatasaray sejak musim 2019/2020, merupakan pemain berprofil tinggi di Eropah dan pernah menyarung jersi kelab ternama termasuk Manchester United, Chelsea, Porto dan Atletico Madrid.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top