BM | EN | 中文

JDT raih kemenangan 7-0 ke atas Perak

JDT-Perak-Sept-2020-MFL.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Jaringan hatrik pemain import dari Argentina Gonzalo Cabrera, membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan selesa 7-0 ke atas Perak, pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Kemenangan kelima diraih juara bertahan Liga Super itu, menyaksikan mereka terus unggul di persada liga menerusi kutipan 16 mata selepas enam perlawanan (lima kemenangan dan satu keputusan seri).

Bernama melaporkan pada aksi berkenaan, Mohd Afiq Fazail meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-21, menerusi percubaan menarik daripada luar kotak penalti, sebelum Cabrera menggandakan kedudukan pada minit ke-35.

Cabrera meledak gol peribadi kedua, setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45. Pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin menghadiahkan sepakan penalti setelah pemain JDT Diogo Luis Santo, dijatuhkan pemain Perak Muhammad Rafiuddin Roddin.

Pemain muda Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, terus menambah derita Perak menerusi gol keempat pada masa kecederaan, babak pertama perlawanan.

Cabrera meraih jaringan ketiga pada minit ke-63, disusuli dua lagi jaringan daripada Muhammad Safawi Rashid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid, masing-masing pada minit ke-78 dan minit ke-83.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top