BM | EN | 中文

JDT perkenal pasukan hoki ais

JDT-perkenalkan-pasukan-hoki-ais.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Southern Tigers

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 MAC: Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan pasukan hoki ais dalam usaha kelab itu meluaskan potensi dan menerokai bidang sukan baharu.

Difahamkan kelab itu akan menyertai kejohanan liga domestik, ‘Weekend Warriors League’ yang dijadualkan bermula pada Jun depan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, penyertaan pasukan itu dalam liga adalah bukti kesungguhan untuk meningkatkan profil sukan berkenaan di Malaysia sekali gus mengembangkan lagi jenama JDT.

Advertisement

Menurut beliau pihaknya telah mengenalkenal pasti 10 pemain dan kesemua mereka berusia bawah 20 tahun, kecuali seorang pemain berpengalaman yang berusia 28 tahun.

“Ada antara mereka yang berpengalaman menyertai Sukan SEA.

“Sebagai persediaan kejohanan nanti, buat masa ini mereka giat berlatih di Sunway, Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JDT di sini, semalam.

Advertisement

Tunku Ismail berkata, JDT juga akan membina gelanggang hoki ais di Iskandar Puteri, Johor yang dijangka membabitkan kos antara RM8 juta hingga RM9 juta selain akademi hoki ais JDT akan dinaiktaraf bagi melahirkan lebih ramai pemain yang berbakat.

Pada majlis sama, Tunku Ismail turut melancarkan logo baharu, jersi dan memperkenalkan skuad Kelab Hoki Ais JDT.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top