JOHOR BAHRU, 19 OKT: Johor Darul Ta’zim (JDT) menang tipis 2-1 keatas Selangor pada pusingan pertama perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Skuad Harimau Selatan dijangka menghadapi saingan sengit ketika membuat perhitungan kedua di Stadium Shah Alam, Sabtu depan.
Gol pertama dijaringkan Syafiq pada minit ke-14 selepas menyudahkan bola umpanan Leandro Velazquez untuk meletak tuan rumah mendahului 1-0.
Namun dua minit berselang, anak didik B Sathiananthan menyamakan kedudukan melalui jaringan Ifedayo Omosuyi yang berada di dalam kotak penalti memperdaya Mauricio Nascimento sebelum merembat bola ke penjuru kanan menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.
Pada babak kedua, tuan rumah kembali mendahului 2-1 pada minit ke-49 apabila gerakan yang dimulakan Mohd Afiq Fazail yang menolak bola kepada Velazquez bertindak merembat kencang ke penjuru kanan menewaskan Khairul Azhan.
Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat permainan meskipun beberapa serangan dilakukan termasuk percubaan Omosuyi pada minit ke-70 yang hanya singgah ke tiang kiri gol manakala rembatan susulan Khyril Muhymeen Zambri pula terkena tiang gol.
Johorkini