BM | EN | 中文

JDT mampu menyengat walau tanpa Safawi

Safawi-Rasid.jpg

Safawi Rasid (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berupaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka dalam saingan Piala Malaysia akan datang, meskipun tanpa kehadiran tonggak pasukan Muhammad Safawi Rasid.

Ia dibuktikan dengan kejayaan JDT menundukkan Melaka 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Sabtu.

Jurulatih skuad Harimau Selatan Benjamin Mora berkata dengan ketiadaan pemain berusia 23 tahun itu, ia juga memberi peluang kepada pemain lain untuk menyerlah dan membantu persiapan pasukan untuk aksi Piala Malaysia.

Advertisement

“JDT bukan mengenai seorang pemain sahaja. Kami semua sayangkan Safawi kerana dia seorang pemain yang hebat, berkeyakinan tinggi.

“Kami percaya ia adalah keputusan terbaik untuknya beraksi di luar negara dan kami di sini perlu teruskan permainan dan beraksi dalam satu pasukan.

“Seseorang bakal menggantikan tempatnya (Safawi) … kami dapat melihat bagaimana prestasi pemain malam tadi. Kami akan membuat perancangan untuk permainan dan sesi latihan berikutnya,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas perlawanan menentang Melaka kelmarin.

Mora berkata perancangan kali ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak beraksi ketika perlawanan sebelum ini sebagai langkah membina keyakinan untuk saingan Piala Malaysia akan datang.

Safawi Rasid berlepas ke Portugal 3 Okt lepas, bagi melengkapkan perpindahannya secara pinjaman selama satu musim ke pasukan liga utama negara itu, Portimonense SC.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top