BM | EN | 中文

JDT lebur rekod Kelantan, 30 perlawanan tanpa kalah di tempat lawan

JDT-johor-darul-tazim.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 APR: Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka berada pada kelas tersendiri apabila mencatatkan rekod perlawanan tanpa kalah di tempat lawan untuk kali ke-30.

Rekod berkenaan dicatatkan selepas menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur 2-0 Jumaat lalu sekali gus menyaksikan skuad ‘Harimau Selatan’ itu cukup sukar digugat mana-mana pasukan lain.

Terdahulu, rekod tanpa kalah di tempat lawan dipegang oleh pasukan Kelantan iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Advertisement

Jurulatih berpengalaman negara Azraai Khor Abdullah dilaporkan Harian Metro berkata, menerusi kejayaan dan rekod yang dicipta JDT menyaksikan pasukan terbabit akan terus gah berada di puncak Liga Malaysia untuk sekurang-kurangnya tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau berkata, ketika ini tiada pasukan menunjukkan potensi mampu menggugat kedudukan JDT jika masih dirudum masalah membabitkan tunggakan gaji dan pengurusan kelab.

“JDT mempunyai segala-galanya membabitkan fasiliti, pemain yang terbaik di negara ini selain pengurusan sistematik.

Advertisement

“Tiga perkara terbabit sebenarnya penting dalam memastikan pasukan boleh terus bersaing dan menunjukkan prestasi cemerlang.

“Sekarang ini, saya tidak nampak pasukan paling hampir dengan JDT kerana masing-masing masih lagi mencari rentak untuk membentuk pasukan mantap,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top