BM | EN | 中文

JDT kelab terbaik Piala AFC sepanjang dekad

IMG-20200210-WA0008.jpg

JOHOR BAHRU, 10 FEB: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dipilih sebagai kelab terbaik Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sepanjang dekad.

JDT menerima 80 peratus undian, menewaskan beberapa kelab daripada Timur Tengah seperti Air Force Club dari Iraq, Kuwait Fc dan Qadsia FC (Kuwait) dan Al Ahed FC (Lubnan).

Pemilihan itu dibuat secara undian atas talian yang dijalankan pihak AFC.

Menurut laman web www.the-afc.com, kejuaraan Piala AFC sebelum ini di dominasi pasukan dari barat benua Asia manakala JDT muncul kelab pertama dari sebelah timur Asia yang berjaya muncul juara.

Pasukan yang popular dengan gelaran Harimau Selatan itu muncul juara Piala AFC pada tahun 2015.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top