BM | EN | 中文

JDT kekal rekod tanpa kalah

JDT-Johor-Darul-Tazim.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan cabaran saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas merakam kemenangan kesembilan apabila membelasah Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.

Dalam pertembungan tersebut, pesta gol JDT bermula pada 20 minit terakhir perlawanan apabila pemain import dari Argentina Leandro Velazquez tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70 sekali gus memecah kebuntuan gol.

Jaringan pembukaan itu disusuli dengan gol kedua JDT empat minit kemudian menerusi Muhammad Syafiq Ahmad yang bijak melepasi perangkap ‘offside’ sebelum Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak menanduk masuk gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-79.

Advertisement

Menghampiri masa penuh, Melaka yang seakan hilang arah terus dibolosi dua gol dalam tempoh lapan minit yang menyaksikan Fernando Rodriguez meledak gol keempat pada minit ke-85 sebelum Gonzalo Cabrera melengkapkan malam gemilang juara Liga Super dengan jaringan di akhir permainan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top