BM | EN | 中文

JDT juara Liga Super kali ke-7 berturut-turut

JDT-Liga-Super-2020-juara.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 OKT: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super kali ketujuh berturut-turut selepas menewaskan Sabah 4-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Skuad Harimau Selatan yang dipimpin oleh Benjamin Mora meletakkan kedudukan di hadapan pada minit ke-38 selepas bola umpanan Afiq Fazail berjaya disambar Diogo dan bertindak menyepak bola masuk menewaskan penjaga gol Sabah.

Tamat 1-0 pada babak pertama, skuad Harimau Selatan menambah derita pelawat pada minit ke-56 melalui rembatan kencang Safawi di luar kotak penalti selepas menerima bola umpanan Leandro Velazquez memerangkap Rozaimie yang hanya mampu melihat bola menerjah jaring.

Advertisement

Tuan rumah kemudiannya dikejutkan dengan jaringan pelawat pada minit ke-74 selepas Dennis Buschening yang tidak dikawal melakukan sepakan lencong tepat ke penjuru kanan gol menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.

Namun Safawi Rasid berjaya menjarakkan kedudukan pada minit ke- 81 melalui gol ketiga buat tuan rumah selepas bola tolakan Ramadhan yang merencanakan gerakan di dalam kotak penalti membuka ruang untuk Safawi menolak bola ke gawang yang kosong.

Gol keempat hasil sepakan percuma di luar kotak penalti oleh Leandro Velazquez pada minit ke-84 memastikan JDT memenangi perlawanan itu dengan gol 4-1 sekaligus dinobatkan selaku juara Liga Super untuk tujuh musim berturut-turut.

Advertisement

JDT kini berada di persada liga tanpa melakar kekalahan dengan aksi liga berbaki satu perlawanan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top