BM | EN | 中文

JDT jalin kerjasama dengan UNICEF

JDT-Unicef.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 DIS: Johor Darul Ta’zim (JDT) menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan antarabangsa Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Perjanjian itu diumumkan Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri Wakil UNICEF Malaysia, Dr. Rashed Mustafa Sarwar di Stadium Sultan Ibrahim di sini semalam.

Tunku Ismail berkata, perjanjian itu akan membolehkan JDT memperkukuh jenama di peringkat antarabangsa melalui penglibatan dalam aktiviti kemanusiaan khususnya melibatkan kanak-kanak.

Advertisement

Antara aspek yang diberi tumpuan menerusi kerjasama ini adalah isu kesihatan fizikal dan mental, pendidikan, pemakanan dan keselamatan kanak-kanak.

“Saya amat berbangga untuk mengumumkan JDT akan bekerjasama dengan UNICEF pada musim depan. Bagi pengetahuan semua JDT mempunyai polisi membantu kanak-kanak di seluruh dunia bukan saja di Malaysia terutama dalam aspek pelajaran, kesihatan dan keselamatan.

“Ia pengiktirafan tertinggi dan kerjasama berkenaan adalah untuk setahun dan akan bakal diteruskan untuk tahun seterusnya.

Advertisement

“Malah proses mendapat kerjasama dengan UNIFEC, kami mengadakan dua kali pertemuan.

“Selepas itu sebanyak tujuh kali ditapis oleh badan itu yang berpusat di Geneva, Switzeland,” kata Tunku Ismail, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai kerjasama dengan UNICEF di Ibu Pejabat JDT, di sini semalam.

Advertisement

Pemilik kelab JDT itu juga menyatakan kemungkinan logo UNICEF akan tertera di hadapan jersi pasukan pada musim depan.

Tunku Ismail berkata kerjasama bersama UNICEF itu bakal memberi impak positif terhadap JDT memandangkan badan berkenaan sentiasa melakukan kerja-kerja amal terutama untuk golongan kanak-kanak.

“Kerjasama itu amat sesuai dengan JDT. Bukan sahaja kami fokuskan kepada sukan bola sepak tapi juga akan beri fokus kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR). Kami bukan saja mahu kejayaan di dalam padang malah di luar padang,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top