BM | EN | 中文

JDT II JUARA PIALA CABARAN

JDT-II.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 OKT: JOHOR Darul Ta’zim II (JDT II) melakar sejarah apabila dinobatkan juara Piala Cabaran selepas mengenepikan UKM FC dalam perlawanan akhir di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.

Namun perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.

Dalam perlawanan malam tadi, UKM FC kempunan untuk membalas kegagalan musim lalu yang menyaksikan skuad The Varsity Boys itu tewas kepada Terengganu FC II dengan agregat 4-2.

Advertisement

Terdahulu skuad UKM FC berjaya memadam kelebihan skuad JDT II yang membawa bekalan satu gol daripada aksi perlawanan akhir pertama di Pasir Gudang minggu lalu.

Dalam penentuan penalti itu, anak buah Ervin Boban berjaya mengatasi lawan dengan keputusan 6-5 untuk menjulang kejuaraan buat kali pertama.

Aksi berlangsung sengit sejak wisel mula ditiupkan dan tuan rumah dilihat menguasai tempo permainan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke kubu JDT II.

Advertisement

Buruan gol UKM FC akhirnya membuahkan hasil menerusi penjaring terbanyak UKM FC Mateo Roskam pada minit ke-81 yang jelas mengejutkan pelawat.

Selepas masa tambahan diberikan kedudukan agregat 1-1 kekal dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Tuah nyata memihak JDT II yang pulang ke dengan kegembiraan manakala UKM FC terpaksa mencuba sekali lagi pada musim depan.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top