BM | EN | 中文

JDT hormat keputusan kerajaan tidak benarkan ke Doha

Alistair-Edwards-JDT.jpg

Ganbar Ehsan Vocket FC

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 NOV: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim menghormati dan memahami tindakan kerajaan tidak membenarkan pasukan itu ke Doha untuk menyertai saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL) atas faktor keselamatan memandangkan terdapat peningkatan kes COVID-19.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards berkata pasukan itu telah dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa mereka tidak diberikan kebenaran untuk terbang ke Doha, Qatar.

“Walaupun kami sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan juga Piala Malaysia, kami menghormati keputusan kerajaan Malaysia dan memahami tindakan terpaksa diambil atas faktor keselamatan disebabkan peningkatan kes pandemik COVID-19.

Advertisement

“Keselamatan setiap orang, termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha adalah satu keutamaan. Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021,” kata beliau dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan skuad Harimau Selatan itu tidak dibenarkan ke Qatar minggu depan bagi menghadapi persaingan ACL dari 18 Nov hingga 19 Dis.

Menurut beliau, tindakan itu selari dengan keputusan kerajaan ketika ini yang masih menutup pintu sempadan negara, sekaligus tidak membenarkan rakyat ke luar negara serta warga asing memasuki negara ini yang turut meliputi pasukan bola sepak.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top