BM | EN | 中文

JDT hanya perlu tiga mata untuk jadi juara Liga Super

jdt-pj-city-fc.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin mendekati gelaran juara Liga Super buat kali kelapan berturut-turut, apabila hanya memerlukan satu lagi kemenangan dalam baki tiga aksi liga musim ini.

Skuad Harimau Selatan itu boleh dikatakan sudah sebelah tangan di trofi Liga Super 2021, apabila berjaya menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

JDT membuka jaringan pada minit ke-27, apabila penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva meledak masuk bola daripada percubaan bintang muda Arif Aiman Hanapi, yang ditepis keluar oleh Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Advertisement

Pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-83, dengan menyempumakan hantaran bijak daripada Muhammad Akhyar Rashid.

Sementara itu, Kedah Darul Aman (KDA) FC masih mempunyai peluang untuk mencabar kedudukan JDT di takhta liga selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pemain import dari Lebanon, Rabih Ataya sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Advertisement

Bersambung babak kedua, skuad Lang Merah berjaya melebarkan jurang menerusi jaringan Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-50, namun TFC mengurangkan defisit menerusi penyerang import dari Brazil, David Da Silva pada mind ke-70.

Selangor FC pula berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas pasukan kedua tercorot liga, Perak FC di Stadium Perak, Ipoh.

Skuad Gergasi Merah membuka tirai jaringan pada akhir babak pertama, masing-masing menerusi pemain import dari Switzerland Oliver Buff pada minit ke-42 dan Ifedayo Olusegun lima minit kemudian.

Advertisement

Penyerang import dari Nigeria, Ifedayo terus menambah derita buat Perak FC, apabila meledak satu lagi gol pada minit ke-59, sekali gus mendahului senarai penjaring terbaik Liga Super musim ini dengan 22 got kelebihan dua gol berbanding Bergson.

JDT gah di persada Liga Super dengan 48 mata daripada 19 perlawanan, diikuti Terengganu FC (37) dan Selangor FC menerusi kelebihan jaringan, walaupun berkongsi 32 mata dengan KDA yang hanya beraksi dalam 16 perlawanan setakat ini.

Bernama

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top