BM | EN | 中文

JDT hampiri kejuaraan Liga Super

JDT-Sabah-FC.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Southern Tigers

Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Johor Darul Ta’zim (JDT) kian menghampiri kejuaraan Liga Super selepas menewaskan Sabah FC 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Dua jaringan Bergson Da Silva cukup meletakkan JDT mengukuhkan lagi cengkamannya dengan 45 mata kekal di atas Terengganu FC di tangga kedua carta liga yang mengumpul 37 mata.

Skuad kendalian Benjamin Mora bermula garang dengan meledak gawang lawan menerusi hantaran Muhammad Safawi Rasid yang disudahi dengan sepakan Bergson Da Silva seawal minit ke-18.

Advertisement

Bergson membuat kejutan selepas sekali lagi menjaringkan gol dua minit kemudian dengan menyempurnakan hantaran jauh Leandro Velazquez sekali gus meletakkan pemain import itu sebagai pendahulu penjaring terbanyak Liga Super dengan 19 jaringan.

Sementara itu dalam aksi Liga Premier, PDRM FC menang 2-1 ke atas Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Biarpun turun tanpa kelibat penjaring gol terbanyak Liga Premier Jordan Mintah, skuad TFC II terdahulu menyumbat gol seawal minit ke-11 menerusi jaringan Muhammad Syafiq Ismail bagi meletakkan pasukan itu di depan.

Advertisement

Bersambung babak kedua giliran skuad The Cops menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit ke-49 oleh Nabil Ahmad Latpi.

PDRM FC kemudian menafikan penguasaan TFC II selepas Bruno Suzuki menjaringkan gol pada minit ke-79.

Keputusan itu menyaksikan TFC II kekal berada di tangga kedua Liga Premier mengumpul 28 mata dipisahkan satu mata dengan Negeri Sembilan FC sebagai pasukan pendahulu dengan 29 mata.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top