BM | EN | 中文

JDT hampir pasti juara Liga Super

JDT-johor-darul-tazim.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Johor Darul Ta’zim (JDT), hampir pasti meraih gelaran juara Liga Super, selepas beberapa pasukan pencabar erdekat kecundang dalam perlawanan malam tadi.

Antaranya, Kedah apabila tewas 2-1 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Keputusan itu menyaksikan Kedah kekal di tangga ketiga dengan 16 mata dengan berbaki dua perlawanan, diikuti Perak di tempat kedua dengan 17 mata.

Advertisement

Sekiranya JDT tewas dalam kedua-dua baki perlawanan sekalipun, Perak hanya mampu mengugat kedudukan skuad Harimau Selatan itu, jika menang dengan jumlah jaringan yang besar kerana skuad kendalian Benjamin Mora, memiliki kelebihan jaringan sebanyak 17 gol, berbanding Perak yang hanya memiliki kelebihan tiga gol.

Bernama melaporkan pada satu perlawanan lain, Selangor bangkit meraih satu mata dengan mengikat UiTM FC 3-3 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Manakala dalam saingan Liga Premier, Pulau Pinang meningkatkan jurang di persada carta menerusi kemenangan tipis 2-1 ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Advertisement

UKM FC mengejutkan Pulau Pinang menerusi jaringan penyerang import dari Nigeria Akanni-Sunday, pada minit ke-17, namun skuad Harimau Kumbang mengesahkan kemenangan menerusi jaringan penyerang import dari Brazil Casagrande, pada minit ke-48 dan sepakan penalti rakan senegaranya Endrick Dos Santos.

JDT II pula sekadar seri 1-1 menentang pasukan tercorot carta Perak II, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, hasil jaringan Fernando Rodriguez Ortega pada minit ke-23.

Sacha Petshi kemudiannya mengikat kedudukan, menerusi sepakan penalti pada minit ke-64, apabila Kei Hirose menjatuhkan Khairul Asyraf dalam kotak penalti.

Advertisement

Pulau Pinang kekal di puncak carta dengan 23 mata, diikuti Kuala Lumpur (20), JDT II (15) dan Terengganu FC II (13), di mana Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sudah pun mengesahkan kenaikan ke Liga Super 2021.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top