BM | EN | 中文

JDT dilarang keluar negara – Ismail Sabri

JDT-Kuching-FA-piala-malaysia-2020.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa melupakan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini selepas tidak mendapat kebenaran untuk ‘terbang’ ke Doha, Qatar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media sebentar tadi berkata, pasukan yang dikenali sebagai Harimau Selatan itu tidak dibenarkan ke luar negara kerana Malaysia telah menutup pintu keluar ekoran penularan wabak Covid-19.

Katanya, polisi tersebut bukan sahaja terpakai kepada JDT, malah semua rakyat Malaysia, termasuk menteri.

Advertisement

“Polisi kita sama. Pintu sempadan ditutup daripada warga asing dan rakyat kita juga tidak dibenarkan keluar negara.

“SOP (prosedur operasi standard) di sana kita tidak tahu bagaimana. Dalam kes ini, JDT tidak dibenarkan (keluar),” katanya.

Juara Liga Super tujuh musim berturut-turut itu sepatutnya beraksi dalam saingan ACL bagi zon timur yang diadakan secara berpusat di Doha dari 18 November hingga 13 Disember.

Advertisement

JDT kini di tangga kedua Kumpulan G, dan masih mempunyai baki empat perlawanan iaitu berdepan Guangzhou Evergrande dari China pada 19 November, Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan) 25 November, Vissel Kobe (Jepun) 1 Disember dan kembali menghadapi Guangzhou Evergrande 4 Disember.

JDT sudah mengharungi dua perlawanan dengan tewas kepada Vissel Kobe 5-1 di Stadium Misaki Park, Kobe pada 12 Februari lalu namun bangkit menewaskan Suwon Samsung Bluewings 2-1 di Iskandar Puteri, 3 Mac lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top