BM | EN | 中文

JDT dahului pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

JDT-Kuching-FA-piala-malaysia-2020.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT), menguasai senarai pencalonan bagi lima kategori utama Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20), yang bakal diadakan secara maya pada 30 Dis ini, susulan pandemik COVID-19.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook hari ini memaklumkan, tiga pemain pertahanan kebangsaan iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies, adalah antara 10 pemain tercalon dalam kategori anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.

Sementara seorang lagi pemain kebangsaan Mohd Afiq Fazail yang beraksi dengan skuad Harimau Selatan itu, tercalon untuk anugerah Pemain Tengah Terbaik bersama tiga rakan sepasukan iaitu Gonzalo Cabrera, Leandro Velazquez dan Muhammad Safawi Rasid.

Advertisement

Bekas penyerang JDT Diogo Luis Santo, yang berhijrah ke kelab Liga Thailand BG Pathum United FC, bersama pemain muda Ramadhan Saifullah Usman, tercalon untuk anugerah Penyerang Terbaik.

Sementara penjaga gol JDT Farizal Marlias dan ketua jurulatih skuad berkenaan Benjamin Mora masing-masing dicalonkan bagi merebut anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Seramai 50 calon melibatkan 40 pemain dan 10 jurulatih Liga Malaysia (Liga-M), bakal bersaing bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Advertisement

Mereka adalah 334 daripada jumlah keseluruhan 567 orang pemain, yang memenuhi kriteria beraksi sekurang-kurangnya 50 peratus daripada perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020, selain pemain muda yang berdaftar dalam pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia, yang disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK20.

Keputusan pemenang bagi lima kategori utama berkenaan, akan diputuskan juri profesional terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media yang menyumbang 70 peratus kepada kiraan mata.

Baki 30 peratus kiraan mata akan diputuskan penyokong, menerusi undian di platform Elfo yang dipaparkan di semua laman media sosial rasmi MFL di Facebook, Instagram dan Twitter bermula 10 pagi esok (21 Dis), sehingga 11.59 malam 25 Dis.

Advertisement

Pada majlis ABK20 itu, MFL akan menyampaikan Anugerah Kasut Emas 2020 dan Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super kepada pemain import Selangor, Ifedayo Olusegun Omosuyi dari Nigeria, yang meledak 12 gol musim ini.

Penyerang kebangsaan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, pula bakal menerima Anugerah Penjaring Terbanyak (Tempatan), selepas menjaringkan 10 gol bersama Perak dalam saingan Liga Super, manakala penyerang Pulau Pinang Casagrande dari Brazil, akan menerima Anugerah Kasut Emas Liga Premier selepas menghasilkan sembilan gol pada musim ini.

Penyerang muda Selangor II Ahmad Danial Ahmad Asri, yang sah menyarung jersi Selangor pada musim hadapan, bakal dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak (Tempatan) Liga Premier 2020 selepas menghasilkan tujuh gol.

Advertisement

Dalam pada itu, MFL mengesahkan beberapa anugerah tidak dipertandingkan pada ABK20 melibatkan Pemain Muda Harapan, Pemain Import Terbaik, Pemain ASEAN Terbaik, Penyokong Terbaik, Fan XI (kesebelasan pemain terbaik pilihan penyokong), Pemain Paling Popular, Laman Web Terbaik dan Media Sosial Terbaik.

Anugerah lain yang tidak dipertandingkan adalah Anugerah Mesra Media, Anugerah Komuniti, Anugerah Persahabatan, Pemain dan Pasukan Terbaik Liga M3, Pengadil Berpotensi dan Anugerah Fair Play.

Senarai penuh calon lima kategori utama ABK 2020:

Advertisement

Penjaga Gol Terbaik:

Farizal Marlias (JDT), Mohd Iqbal Suhaimi (Kuching FA), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Petaling Jaya City FC), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Khairulazhan Khalid (Selangor), Remezey Che Ros (UKM FC), Samuel Somerville (Pulau Pinang), Sharbinee Allawee Ramli (Pahang), Suhaimi Husin (Terengganu FC II), Zamir Selamat (Kuala Lumpur).

Pemain Pertahanan Terbaik:

Advertisement

Aidil Zafuan Abd. Radzak, La’Vere Corbin Ong dan Matthew Davies (JDT), Azmi Muslim (Pulau Pinang), Rafiuddin Roddin (Perak), Shahrul Nizam Ros Hasni (Kelantan), Shahrul Mohd Saad (Perak), Muhammad Shakir Hamzah (Kedah), Victor Nirennold (UiTM FC), Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman (Melaka).

Pemain Tengah Terbaik:

Muhd Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera, Leandro Velazquez dan Muhammad Safawi Rasid (JDT), Brendan Gan (Selangor), Faisal Abdul Halim dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Leandro dos Santos (Perak), Lee Andrew Tuck (Terengganu FC), Muhammad Syahmi Safari (Selangor).

Advertisement

Penyerang Terbaik:

Casagrande (Pulau Pinang), Diogo Luis Santo dan Ramadhan Saifullah Usman (JDT), Dominique da Sylva (Terengganu FC), Engku Nur Shakir Engku Yacob (Terengganu FC II), Fernando Rodriguez (JDT II), Francis Kone (Kuala Lumpur), Ifedayo Omosuyi Olusegun (Selangor), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak), Brice Hermann Tchetche Kipre (Kedah).

Jurulatih Terbaik:

Advertisement

Aidil Sharin Sahak (Kedah), Akira Higashiyama (Kuching FA), Benjamin Mora (JDT), Frank Bernhardt (UiTM FC), Manzoor Azwira Abd Wahid (Pulau Pinang), Mehmet Durakovic (Perak), Michael Feichtenbeiner (Selangor), Nafuzi Zain (Terengganu FC), Muhd Nidzam Adzha Yusoff (Kuala Lumpur), Yusri Che Lah (Kelantan).

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top