BM | EN | 中文

JDT buru kemenangan dalam saingan ACL esok

DSC_7256-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 MAC: Johor Darul Ta’zim (JDT) sedar cabaran yang akan dihadapi dalam perlawanan Liga Juara Juara (ACL) menentang Suwon Samsung Bluewings FC esok namun akan tetap berusaha memburu kemenangan.

Kapten JDT, Hariss Harun berkata, hal itu kerana Harimau Selatan memulakan perlawanan dengan mentaliti untuk mendapatkan kemenangan.

“Perlawanan ACL memang satu cabaran buat JDT, tetapi setiap perlawanan dihadapi kita memasang keinginan untuk menang.

Advertisement

“Tidak kira sama ada mereka pasukan yang lebih besar atau sebaliknya, kita tetap akan lakukan yang terbaik untuk dapatkan keputusan dikehendaki,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan sempena perlawanan menentang kelab Korea Selatan itu di Hotel Thistle, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora pula memberitahu, pihaknya yakin kemenangan menentang Kedah FC dalam Piala Sumbangsih beberapa hari lalu akan memberi impak positif kepada pemainnya.

Advertisement

“Kita berjaya mendapatkan kemenangan dalam perlawanan pertama di stadium baharu (Stadium Sultan Ibrahim) menentang Kedah FC.

“Kemenangan itu pastinya memberikan suntikan semangat dan keyakinan kepada pemain untuk melakukan yang terbaik dalam perlawanan esok,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top