BM | EN | 中文

JDT BUAT PENGUMUMAN BESAR 20 DISEMBER INI – TMJ

jdt-5.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 DIS: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu pihaknya akan membuat pengumuman besar berhubung pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 20 Disember ini.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab JDT berkata, pengumuman itu akan melibatkan beberapa perkara.

“Di JDT kami tidak pernah berhenti daripada terus maju dan berkembang. Pengumuman besar akan dilakukan pada 20 Disember 2019.

Advertisement

“Ia mengenai pemain baharu, infrastruktur, aset-aset, nilai komersial kelab dan pemegang saham yang baharu. Masa yang sangat mengujakan!,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Tambah beliau, apabila pihaknya melakukan sesuatu, mereka akan lakukannya dengan hebat dan besar-besaran.

Advertisement

“Malang buat yang lain, mereka telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Sekarang harimau ini telah bangun, cergas dan lebih bermotivasi.

“Sekarang saya akan merubah dinamik permainan ini. Ganas dan tiada belas kasihan. Tiada tempat untuk merendah diri dalam peperangan. JDT HYBRID. Misi 1 BILLION!,” tambahnya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top