BM | EN | 中文

JDT buat penampilan sulung pertandingan e-sukan bulan depan

JDT-johor-darul-tazim.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OGOS: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan tampil buat kali pertama pada pertandingan sukan elektroknik (e-sukan) pertama ‘Champions eFootball’ menyaksikan beberapa kelab terbaik Asia Tenggara bertanding dalam PES 2021 dari 9 Sept hingga 7 Okt depan.

Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook championsefootballofficial, bertitah Harimau Selatan diwakili pemain bola sepak profesional JDT Mohamadou Sumareh dan eFootballer Mohamad NorHaikal Noh, yang juga peserta separuh akhir Sukan Asia 2018 dan antara dua wakil Malaysia terbaik untuk PES 2020.

“Didorong oleh minat kami terhadap bola sepak, kami teruja untuk menjejakkan kaki ke dunia e-sukan sambil memaparkan lambang dan warns kelab kesayangan kami, JDT FC.

Advertisement

‘Champions eFootball akan memberi kita peluang untuk mempamerkan bakat muda yang mewakili kelab sambil menarik penonton baharu di e-sukan. Kami juga bersemangat untuk bersaing dengan kelab-kelab lain di rantau ini dan menantikan perlawanan antarabangsa pada masa hadapan,” titah baginda.

Sementara itu, pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam Champions eFootball ialah Buriram United FC dan Chonburi FC dari Thailand; Persib Bandung FC dari Indonesia; Tampines Rovers FC dari Singapura; United City FC dari Filipina; Nagaworld FC dari Kemboja dan Ho Chi Minh City FC dari Vietnam.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top