BM | EN | 中文

JDT bernilai RM1 bilion dalam tempoh dua tahun – TMJ

IMG-20191220-WA0060-e1576837102951.jpg

Tunku Ismail semasa sidang media yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 DIS: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyasarkan kelab Harimau Selatan itu akan bernilai lebih RM1 bilion pada masa akan datang.

Beliau memberitahu, nilai RM1 bilion itu melibatkan kesemua aset milik JDT seperti hartanah, stadium serta fasiliti lain.

“Buat waktu ini, nilai kelab dianggarkan bernilai RM600 juta dan misi kami adalah untuk menjadikan JDT sebagai kelab bola sepak bernilai RM1 bilion dan lebih.

Advertisement

“Saya yakin misi ini akan dapat dicapai dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang,” katanya kepada wartawan semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT, di sini hari ini.

Sementara itu, Tunku Ismail yang juga merupakan Pemangku Raja memberitahu, stadium baharu JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim akan beroperasi secara rasmi pada 25 Januari depan.

“Wakil Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan hadir untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan stadium itu mengikut piawaian ditetapkan badan induk bola sepak Asia tersebut,” ujarnya.

Advertisement

Tunku Ismail turut mengumumkan JDT akan memperuntukkan sebanyak RM75 juta bagi membina beberapa fasiliti baharu kelab juara Liga Super itu.

“Antara fasiliti itu termasuklah pusat latihan baharu, stadium mini berkapasiti 8,000 penonton dan dua padang tertutup di kawasan Stadium Sultan Ibrahim.

“Pusat Latihan di Sri Gelam akan beroperasi sebagai pusat rawatan yang dilengkapi dengan peralatan kesihatan bertaraf dunia,” tambahnya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top