BM | EN | 中文

JDT BERDEPAN DUA BEKAS JUARA DALAM SAINGAN ACL 2020

AFC-CHAMPION-LEAGUE-1.jpg

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan mencabar apabila ditempatkan dengan dua bekas jaguh Liga Juara-Juara Asia (ACL) – Guangzhou Evergrande dan Suwon Samsung Bluewings – pada saingan peringkat kumpulan ACL musim 2020.

Ketiga-tiga pasukan itu diundi dalam Kumpulan G dan kini menanti satu lagi pasukan dari Jepun yang akan ditentukan selepas perlawanan akhir Piala Maharaja Jepun 2019 pada 1 Januari depan.

Saingan separuh akhir Piala Maharaja Jepun 2019 akan berlangsung pada 21 Disember depan diantara Vissel Kobe menentang Shimzu S-Pulse dan Kashima Antlers berdepan V-Varen Nagasaki.

Undian berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Selasa lalu.

Pengurusan pasukan JDT, Luciano Figueroa berkata, semua pasukan lawan adalah sukar kerana tahap mutu permainan mereka yang tinggi.

“Kami perlu menilai pasukan lawan dan perlu bersedia berdepan dengan corak permainan mereka,” kata Luciano.

Sementara itu laman web Semuanya Bola melaporkan, satu lagi wakil negara, Kedah FA pula akan berada dalam Kumpulan E sekiranya berjaya melepasi pusingan kelayakan dan play-off.

Kedah FA bakal berhadapan Wofoo Tai Po dari Hong Kong di pusingan kelayakan pusingan kedua pertandingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL 2020).

Cabaran lebih besar menanti Kedah sekiranya berjaya melepasi Wofoo Tai Po, apabila FC Seoul bakal menanti di peringkat play-off selepas itu.

Kedah FA yang layak selaku juara Piala FA 2019, dijadualkan berhadapan Wofoo Tai Po pada 21 Januari hadapan di Stadium Darul Aman.

Skuad kendalian Aidil Shahrin akan beraksi di Stadium Piala Dunia Seoul, Korea Selatan pada 28 Januari sekiranya berjaya mara ke pusingan akhir kelayakan tersebut sebelum bersaing di peringkat kumpulan.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top