BM | EN | 中文

JDT bakal rai kejuaraan Liga Super bersama penyokong pada 12 September

JDT-2021.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Southern Tigers

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 SEPT: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan program meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan itu merangkul kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut, bersama penyokong pada 12 September ini.

JDT menerusi hantaran dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan, pada program itu penyokong Harimau Selatan akan disajikan dengan pertunjukan bunga api dan ‘in-car viewing party’.

“Sambutan tersebut – persembahan piala, pertunjukan khas dan bunga api – akan bermula selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur,” menurut hantaran itu hari ini.

Advertisement

Hantaran itu turut menyatakan JDT pada masa ini sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kebangsaan, untuk memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai program itu.

“SOP berkenaan termasuk mengenai kemasukan penyokong ke tempat letak kereta dan susun atur acara. Nantikan pengumuman selanjutnya,” menurut hantaran itu lagi.

Pada 27 Ogos lepas, jaringan hatrik penyerang import prolifik Bergson da Silva mengesahkan kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut buat JDT, selepas membenam Sri Pahang FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Advertisement

Kemenangan ke-16 dicatat JDT selepas 20 perlawanan kempen musim 2021 itu, meletakkan skuad Harimau Selatan 14 mata di hadapan Terengganu FC di kedudukan kedua, sekali gus menamatkan saingan perebutan takhta lebih awal dengan berbaki dua aksi liga.

JDT akan bertemu Terengganu FC pada 4 Sept ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu sebelum perlawanan terakhir menentang Kuala Lumpur United FC pada 12 Sept, di Stadium Sultan Ibrahim.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top