BM | EN | 中文

JDT B17 DIJEMPUT BERTANDING EVERGRANDE CUP 2020

IMG-20191123-WA0002.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima jemputan dari Guangzhou Evergrande untuk bertanding dalam kejohanan yang berprestij, Evergrande Cup 2020.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, baru-baru ini.

Advertisement

Menurut status yang dimuat naik itu, kesemua kos perbelanjaan termasuk perjalanan dan penginapan akan ditanggung oleh Kelab Liga Super China tersebut untuk kejohanan yang akan berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan.

Antara pasukan yang pernah bertanding dalam tiga edisi sebelumnya merupakan kelab-kelab terkenal Antarabangsa.

Turut difahamkan ini termasuklah Boca Juniors, Inter Milan, Gremio, Valencia, Flamingo, Villarreal, Palmeiras dan Atletico Madrid.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top