BM | EN | 中文

JDT-Aston Martin kerjasama, bakal keluarkan kereta edisi terhad

jdt-aston-martin.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Southern Tigers

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 JUL: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengorak langkah, apabila menjalinkan kerjasama dengan syarikat permotoran British, Aston Martin Racing Asia yang bakal menyaksikan kemunculan rekaan kereta edisi terhad, bertemakan JDT.

JDT dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, kerjasama itu membuktikan peningkatan jenama kelab itu sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, semenjak ia ditubuhkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013.

“Kami berbangga serta gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat syarikat pemotoran tersebut, yang berpusat di United Kingdom.

Advertisement

Menurut kenyaatan JDT itu, ia digambarkan sebagai satu kerjasama antara JDT selaku juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, manakala Aston Martin pula juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020.

“JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten, selain mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top