JOHOR BAHRU, 12 FEB: Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam proses menubuhkan sebuah pasukan hoki ais dalam tempoh sebulan lagi.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu semalam, Johor Southern Tigers berhasrat meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang.
“Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan dengan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri.
“Jenama JDT sudah pun ada pada Pasukan Boxing JDT, dengan juara pelbagai anugerah Asia Muhammad Farkhan Haron mengetuainya di dalam gelanggang,” menurut kenyataan itu.
Johorkini