BM | EN | 中文

JCorp tawar peluang jadi penggunting rambut

program-latihan-gunting-rambut-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Johor Corporation (JCorp) membuka peluang kepada warga Johor untuk menjadi penggunting rambut melalui kursus dan latihan yang bakal dijalankan awal tahun ini.

Menurut akaun Facebook Johor Corporation, kursus latihan menggunting rambut yang dikendalikan tenaga pengajar mahir itu dianjurkan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

“Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM300, latihan menggunting rambut ini akan dijalankan pada Isnin hingga Khamis, dari jam 9 pagi hingga 1 petang.

Advertisement

“Latihan menggunting ini dijalankan selama tiga bulan di dua lokasi berbeza iaitu di Pusat Perdagangan Kempas, di sini dan Kampung Bahagia, Mersing.

Bagi yang berminat boleh mengisi borang menerusi https://bit.ly/2YyhJm3 atau mengimbas kod QR di poster untuk mendaftar sebelum 15 Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai latihan dan kursus ini, boleh hubungi 07-2195098.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top