BM | EN | 中文

JCorp tawar latihan jahitan

latihan-menjahit.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JAN: Selari dengan prinsip membina dan membela, Johor Corporation (JCorp) menawarkan latihan jahitan kepada mereka yang berminat.

Menurut laman facebook Johor Corporation, latihan jahitan yang dijalankan di dua lokasi diuruskan oleh Pusat Waqaf Komuniti, Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

“Program akan dijalankan di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang dan Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram”

Advertisement

“Jadual latihan setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula jam 9 pagi hingga 1 petang,” menurut laman tersebut.

Pendaftaran dibuka sehingga 15 Januari 2020 dengan kadar bayaran sebanyak RM40.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/37uQ2h4 atau hubungi 07-2195098 untuk sebarang keterangan lanjut.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top