BM | EN | 中文

JCORP SASAR 3 JUTA PENGUNJUNG KE ‘B5 JOHOR STREET MARKET’

IMG-20191023-WA0009.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OKT: Johor Corporation (JCorp) menyasarkan kira-kira 3 juta pelancong tempatan dan asing untuk mengunjungi ‘B5 Johor Street Market’, pusat komersial pelancongan setempat, pada tahun hadapan.

Pembinaan projek tersebut telah bermula sejak Januari tahun lepas oleh sayap Pembangunan Hartanah JCorp iaitu Johor Land Berhad dan Damansara Assets Sdn Bhd, dengan kos pembangunan keseluruhan RM90 juta.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, jangkaan pengunjung tersebut adalah seiring dengan sasaran kerajaan negeri yang menyasar 17.4 juta pelancong ke Johor menerusi promosi Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ2020) dan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020).

Advertisement

“Selain itu, penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Johor juga akan mendorong kehadiran pelancong dan pengunjung ke ‘B5 Johor Street Market’ ini.

“Ini terutamanya dengan adanya pelbagai aktiviti yang menarik terdapat di Queen Victoria Market, Melbourne, Australia disini,” katanya ketika majlis penyerahan papan tanda atau ‘brown signage’ di projek tersebut baru-baru ini.

Papan tanda tersebut diserahkan oleh wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Liow Cai Tung.

Advertisement

‘B5 Johor Street Market’ telah mencapai kadar penghunian sebanyak 85 peratus dan bakal beroperasi sepenuhnya pada hujung November ini, dimana akan menyediakan 231 ruang perniagaan untuk usahawan tempatan di Johor.

Selain membuka lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar, ia juga turut menempatkan sebanyak 231 lot ruang perniagaan yang bakal memasarkan produk tempatan, kraftangan selain jualan makanan dan minuman.

Lima elemen utama yang diterapkan dalam pembangunan ‘B5 Johor Street Market’ ialah reka bentuk berkonsepkan ‘retail bazaar’, ‘box park’, kenderaan saji atau ‘food truck’, makanan dan minuman, serta hab untuk persembahan seni dan kebudayaan Johor.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top