BM | EN | 中文

JCorp cadang beli 49.57 peratus kepentingan dalam Damansara Holdings pada RM78.91 juta

jcorp-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Johor Corporation Bhd (JCorp), menerusi syarikat tujuan khas, Absolute Ambient Sdn Bhd (AASB), bercadang membeli 49.57 peratus kepentingan ekuiti dalam firma pengurusan kemudahan dan pembangunan hartanah, Damansara Holdings Bhd (DHB) pada RM78.91 juta.

Menurut kenyataan DHB kepada Bursa Malaysia semalam, AASB menandatangani perjanjian bersyarat hari ini untuk membeli 157.82 juta saham daripada pemegang saham terbesar DHB, Seaview Holdings Sdn Bhd, pada 50 sen sesaham.

Sementara itu, CIMB Investment Bank dalam kenyataan mewakili AASB menjelaskan, JCorp yang menubuhkan AASB untuk melaksanakan cadangan itu, telah memiliki pegangan tidak langsung sebanyak 13.81 peratus dalam DHB.

Advertisement

Apabila cadangan pembelian itu selesai, pegangan saham terkumpul oleh AASB, JCorp dan individu yang mempunyai tujuan yang sama tertakiuk kepada perjanjian atau persefahaman dengan mereka, dalam DHB akan meningkat kepada kira-kira 63.38 peratus, jelas bank pelaburan itu.

Sebaik sahaja perjanjian yang ditandatangani hari ini itu menjadi tanpa syarat, AASB akan membuat tawaran pengambilalihan mandator’ bagi baki saham DHB yang belum dimiliki oleh AASB, JCorp dan individu berkenaan.

“JCorp mengenal pasti bahawa perniagaan kumpulan DHB merupakan pelengkap kepada perniagaan yang sedang dijalankannya di bawah segmen hartanah dan infrastruktur.

Advertisement

“Cadangan pembelian itu memberi peluang kepada kumpulan JCorp untuk memperkukuh di samping memperluas kemampuan dan operasi pengurusan hartanah sedia ada serta perniagaan pengurusan kemudahan,” menurut CIMB Investment.

Sahara DHB meningkat sembilan sen kepada 49 sen, dengan 15.25 juta saham bertukar tangan pada penutupan dagangan Bursa Malaysia pada Selasa.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top