BM | EN | 中文

JCCD himpun kontraktor bangunkan Johor

Screenshot_20200107-1847522.png

Mohd Solihan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JAN: Sepanjang 2019, Centre for Construction Development (JCCD) telah berjaya mendaftarkan sebanyak 10,358 buah syarikat kontraktor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri, dari keseluruhan jumlah yang berdaftar di bawah JCCD, sebanyak 5,616 buah syarikat merupakan kontraktor bumiputera.

“Pendaftaran JCCD ini bertujuan untuk menghimpunkan kontraktor di bawah satu bumbung bagi proses pemilihan kontraktor kerajaan yang lebih telus”

Advertisement

“Kontraktor yang berdaftar bawah JCCD diberi keutamaan dan disenarai pendek bagi menyertai projek pembangunan kerajaan negeri,” katanya kepada JohorKini.

Beliau yang juga Pengerusi JCCD berkata, JCCD merupakan syarikat berkaitan negeri Johor yang diberi mandat membangunkan dan memperkasa kontraktor di Johor agar berdaya saing.

“Buat masa sekarang, prose pendaftaran kontraktor mengikut kelas (G1 hingga G7) terus dijalankan untuk melengkapkan syarat menyertai projek kerajaan negeri.

Advertisement

“Harapan saya agar syarikat yang belum berdaftar rebut peluang ini bagi membangunkan syarikat dan negeri Johor,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top