BM | EN | 中文

Jawatankuasa libat pelbagai pihak perlu ditubuh tangani masalah banjir – Adun Skudai

Adun-Skudai-cadang-jawatankuasa-tangani-banjir-Tan-Hong-Pin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 APR: Banjir di kawasan Skudai dalam bandar raya Johor Bahru rnerupakan isu berlarutan semenjak sekian larna memerlukan sebuah jawatankuasa khusus bagi mencari kaedah jangka pendek dan panjang untuk ditangani.

Adun Skudai, Tan Hong Pin berkata, pertemuan melibatkan pelbagai agensi rentas peranan dan penduduk akar umbi perlu diadakan dan beliau sendiri bersedia menganggotai jawatankuasa itu.

“Untuk rnaklurnan, masalah banjir di lokasi berisiko tersebut telah dibangkitkan semasa Sidang Dewan Negeri Johor pada 30 November 2020 lalu.

Advertisement

“Maklum balas yang diterima bukan bersifat tuntas sebaliknya sekadar rnenyentuh soal peruntukan tidak mencukupi dan kerjasama dengan Kementerian Pertahanan bagi membina kolam takungan air.

“Malah, isu banjir besar melanda Skudai pada awal tahun ini berada dalarn aturan perkara untuk dibangkitkan di sidang Dewan Negeri Johor yang sepatutnya bersidang pada bulan Mac lalu.

“Namun, ketiadaan sidang dewan mahupun sidang alternatif akibat darurat telah rnerencatkan usaha tersebut sekali gus rnelengahkan langkah penyelesaian,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Hujung minggu lalu, lokasi berisiko banjir seperti Jalan Makmur, Tarnan Damai Jaya, Kapung Batu 10, Lorong Aris Kampung. Batu 8 1/2 dan Kampung Laut telah sekali lagi dilanda musibah banjir setelah hujan berpanjangan seharian.

Susulan itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

Justeru itu, kata Hong Pin, sebagai permulaan beliau akan membawa cadangan penubuhan jawatankuasa ini kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan susulan.

Advertisement

“Dalarn pada itu, saya juga akan bertemu dengan penduduk yang terjejas banjir bagi mengumpul pandangan dan maklumat berkaitan.

“Mekanisme penyelesaian seperti penambahbaikan sistern pengairan dan saliran, penawaran program perumahan rakyat (PPR) dan kemudahan kolam takungan air antara langkah boleh dibincang dan dipertimbangkan secara bersama melalui jawatankuasa tersebut,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top