BM | EN | 中文

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara perlu berfungsi semula

PAC_Jawatankuasa-Kira-kira-Wang-Negara.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen perlu berfungsi semula sebaik Dewan Rakyat kembali bersidang selepas tidak berperanan semenjak Mac lalu.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun perlu memastikan pelantikan ahli PAC disempurnakan.

Wong Kah Woh

Katanya, meskipun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PAC telah dilantik pada sidang parlimen 27 Ogos lalu, mesyuarat-mesyuarat PAC yang tergendala sejak bulan Februari masih tidak dapat dijalankan memandangkan ahli-ahli PAC masih belum dilantik.

Advertisement

“Saya telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada minggu lepas.

“Saya berharap Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan jawatankuasa pilihan parlimen memandang serius perkara ini dan masalah yang dihadapi oleh PAC sekarang.

Saya mendesak supaya parlimen tidak melengah-lengahkan pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PAC, yang mana PAC mungkin “dicutikan” sehingga bulan November sekiranya pelantikan ditangguh,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Wong yang sebelun ini menemui Sekretariat PAC berkata, jawatankuasa itu perlu menebus semula waktu yang hilang, menyelesaikan kes-kes tertangguh dan mengatur jadual PAC untuk bermesyuarat

Ujarnya, Dewan Negara tidak boleh lagi untuk melakukan apa-apa penangguhan lanjut.

“Taklimat pertama yang dijadualkan adalah pada 3 November iaitu hari kedua Parlimen sesi ini, dan disambung dengan urusan-urusan yang lain.

Advertisement

“Kita berhasrat untuk membentangkan satu laporan PAC pada minggu pertama parlimen dan satu lagi laporan PAC pada minggu kedua.

“Suatu PAC yang efektif dan efisien adalah penting untuk Parlimen dalam memainkan peranannya untuk semak seimbang pentadbiran eksekutif.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun (perlu) memastikan pelantikan ahli-ahli jawatankuasa PAC disempurnakan pada hari pertama sidang bermula,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top