BM | EN | 中文

Jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri terbatal

IMG-20200225-WA0001.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 25 FEB: Kedudukan Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri terhenti pada tarikh sama selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara, semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan memberitahu, perkara tersebut telah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong.

“Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri pada 24 Februari selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri.

Advertisement

“Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik) adalah terhenti pada tarikh sama,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top