BATU PAHAT, 10 SEPT: Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang seolah-olah telah dilupakan oleh partinya sendiri.
Penolong Setiausaha, Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mahadzir Mat Zili berkata jasa Mazlan tidak dipandang apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi parti itu di Johor.
Katanya, jelas Mazlan terpinggir dari susunan yang baharu selepas pemilihan parti itu baru-baru ini apabila tidak dilantikan sebagai pengerusi negeri.
“Sebelum ini Mazlan dianggap individu yang pro Tun Mahathir dalam Bersatu dan sememangnya Muhyiddin kurang senang dengan beliau sehingga beliau tersingkir dari lantikan pengerusi negeri.

Mahadzir Mat Zili
“Untuk peringkat nasional Mazlan telah tewas bagi percubaannya untuk mendapatkan tempat dalam kerusi Naib Presiden yang ditandingi,” ujarnya.
Dakam masa yang sama kata Mahadzir, tindakan Muhyiddin melantik Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin ke jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) membelakangkan pimpinan Bersatu di Johor.
“Mengapa Azmin dan Zuraida dilantik sebagai MPT? Mengapa bukan Mazlan yang juga bekas pengerusi Bersatu?
“Kalau diukur kesetiaan Mazlan sebelum ini telah dibuktikan dan jasanya kepada Muhyiddin telah terlaksana, namun semuanya tidak dipandang.
“Mazlan boleh membuat pilihan hari ini sama ada beliau mampu membina laluan baharu atau hanya terus bergantung kepada Muhyiddin yang terang mengkhianati beliau,” ujarnya lagi.
Johorkini