BM | EN | 中文

Jawapan Tok Pa bukti kerajaan PH bela warga Felda

Mustapha-Mohamed.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 17 JUL: Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed jelas membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini membela warga Felda.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Tenggara, Ridhuan Esa mengucapkan terima kasih kepada menteri tersebut yang turut menyebut status perlaksanaan Kertas Putih Felda yang pernah dibentangkan pada 10 April 2019 oleh kerajaan PH.

Ridhuan Esa

Ridhuan berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu meneruskan usaha baik kerajaan PH dalam membela nasib warga Felda yang mengalami zaman kegelapan akibat dari salah urus kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lalu.

Advertisement

“Krisis Felda bermula dengan penyerahan FGV Holding Berhad (FGVHB) melibatkan pemajakan tanah ladang serta kilang.

“Ia adalah ‘lombong emas’ kepada Felda dan warganya bagi memastikan kelestarian dan kemajuan terus digarap.

“Laungan ‘Transformasi Felda’ melalui pelaburan sahan dan perniagaan bukan teras telah menyebabkan Felda dan peneroka terjejas teruk.

Advertisement

“Ketirisan berlaku, kebajikan terabai dan kualiti perkhimatan Felda merudum.

“PH mengambil alih tampuk kerajaan selepas PRU 14 dan dengan segera menjalankan langkah pemulihan dengan membentangkan Kertas Putih Felda.

“Kertas Putih tersebut menggariskan penyelesaian jangka masa pendek sederhana dan panjang melbiatkan Felda, aliran tunai, pelaburan dan memperkasakan peneroka serta generasinya melalui kebajikan dan aktiviti ekonomi,” katanya.

Advertisement

Semalam Datuk Seri Mustapha Mohamed (PN-Jeli) atau lebih dikenali sebagai Tok Pa dalam jawapannya kepada soalan Jalaluddin Alias (PN-Jelebu) berkata beberapa strategi jangka pendek, sederhana dan panjang dirangka kerajaan sepertimana dibentangkan dalam Kertas Putih Felda pada 2019.

Antaranya menambahbaik tadbir urus korporat, menangani masalah aliran tunai, rasionalisasi pelaburan dan kepentingan serta memperkasa dan memperkukuhkan perakaunan.

Justeru, Ridhuan yang merupakan generasi kedua Felda Sungai Sibol berkata masih terdapat beberapa perkara yang tidak disentuh oleh menteri tersebut.

Advertisement

Antaranya siasatan salah laku dalam urusan pelaburan dan pembelian aset yang berlaku ketika di bawah era mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kerajaan PN perlu menunjukkan ketegasan dan integriti yang tinggi terhadap salah laku yang mengakibatkan Felda kerugian berbillion ringgit.

“Pihak yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan sehingga mendapat keputusan dari sisi undang-undang yang adil kepada warga Felda.

Advertisement

“Diharapkan menteri dapat memenuhi harapan warga Felda agar ladang dan kilang FGVHB yang dipajakkan kepada FGVHB dikembalikan semula.

“Perkata ini telah disuarakan melalui Jawatankuasa Perundingan Peneroka yang mewakili peneroka dan anak generasi Felda sebelum ini.

“PH dan PN harus membuktikan siapa pun kerajaan, warga Felda tetap dibela,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top