BM | EN | 中文

Jawapan Menteri kepada MP, Hospital Pasir Gudang dijangka siap September 2024

Dr.-Adham-Bin-Baba-Menteri-Kesihatan.jpg

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba

Advertisement

PASIR GUDANG, 13 OGOS: Hospital Pasir Gudang dijangka siap pada 14 September 2024 menurut jawapan bertulis Menteri Kesihatan kepada ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

Hassan semalam turut memuatnaik gambar jawapan dari Setiausaha Dewan Rakyat dan surat dari Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba pada kiriman di laman facebook beliau.

“Untuk rakyat di Pasir Gudang dikembarkan jawapan rasmi Kementerian Kesihatan di Parlimen tentang pembinaan Hospital Pasir Gudang yang dibangkitkan semasa sesi Perbahasan Ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata Hassan.

Advertisement

Menurut jawapan KKM itu, projek hospital Pasir Gudang telah ditender pada 9 Ogos 2019 dengan tarikh tutup tender pada 7 November 2019.

Penilaian teknikal dan kewangan telah dibuat dan satu laporan penilaian tender telah diangkat ke Lembaga Perolehan JKR yang telah bersidang pada 14 Februari 2020.

Untuk rekod, majlis pecah tanah hospital Pasir Gudang oleh bekas MB Johor, Mohamed Khaled Nordin pada 4 Mei 2018, hanya lima hari sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.

Advertisement

“Surat Niat (Letter of Intent) projek ini telah dikeluarkan pada 6 Julai 2020 dan Surat Setuju Terima (SST) dijangka dikeluarkan pada 30 Ogos 2020,” menurut jawapan KKM.

Tambah KKM, jangkaan tarikh milik tapak adalah pada 14 Septmber 2020, tempoh pembinaan selama 48 bulan dengan tarikh jangka siap pada 14 September 2020.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top