BM | EN | 中文

JASMINE MAHU BANTU WANITA JOHOR JANA PENDAPATAN

Jasmine-yayasan-warisan-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Persatuan Isteri Wakil Rakyat Pakatan Harapan Johor (JASMINE) mahu membantu wanita-wanita di negeri ini dalam kalangan B40 khususnya ibu tunggal untuk meningkatkan potensi diri mereka.

Pengerusinya, Datin Nila Armila Mukdan berkata, sebagai permulaan, seramai 40 wanita di kawasan Kota Iskandar dan Johor Bahru dipilih menjayakan program itu.

“Kita telah ambil 40 wanita daripada kawasan yang dipilih untuk diberi latihan supaya mereka dapat menjana pendapatan sendiri.

Advertisement

“Program ini mendapat kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA),” katanya.

Nila Armila berkata demikian kepada wartawan selepas hadir Program Jalinan Mesra JASMINE ke Yayasan Warisan Johor dan Kraf Johor, di sini, hari ini.

Isteri Menteri Besar Johor itu memberitahu, selain latihan, kesemua wanita yang dipilih itu akan diajar teknik pemasaran untuk memantapkan lagi jualan produk masing-masing.

Advertisement

“Buat permulaan, mereka yang dipilih tinggal di kawasan Kota Iskandar dan Johor Bahru, kemudian selepas ini kita pilih di kawasan lain pula,” katanya.

Tambahnya lagi, kesemua yang dipilih akan dipantau selama enam bulan dan diharap mengubah taraf hidup masing di masa akan datang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top