BM | EN | 中文

JAS siasat dakwaan Sungai Kim Kim tercemar, berbau dan hitam

sungai-kim-kim.jpg

Gambar Ehsan FB Jabatan Alam Sekitar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OGOS: Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan siasatan berhubung aduan daripada orang ramai mendakwa bahawa Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, di sini tercemar dengan berbau busuk dan air sungai berwarna hitam pada 28 Julai lepas.

JAS dalam kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook berkata pasukan Unit Penguat kuasa Industri JAS yang menjalankan siasatan mendapati air sungai itu berwarna hitam selain mengesan bau busuk sepertimana aduan diterima dan telah mendapatkan butiran makiumat kejadian daripada penduduk sekitar untuk memperkemas siasatan.

Menurut JAS, pasukan daripada Cawangan Pasir Gudang pada masa sama telah menelusuri sekitar kawasan sungai itu pada Khamis (29 Julai) dan pemantauan melalui dron dijalankan bagi mengenal pasti punca yang boleh disyaki menyebabkan pencemaran tersebut.

Advertisement

“Pengukuran kualiti air sungai juga telah dijalankan oleh Unit Pengawasan dari JAS Johor di beberapa lokasi di sepanjang sungai tersebut.

“Siasatan awal mendapati pencemaran disyaki berpunca daripada pelepasan air sisa daripada premis bukan industri yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sehingga menyebabkan air sisa tanpa dirawat mengalir memasuki sungai berhampiran,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, JAS meminta premis terbabit menjalankan langkah pembaikan segera dan Pihak Berkuasa Tempatan dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

Menurut kenyataan itu persampelan juga telah dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tindakan selanjutnya di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top