BM | EN | 中文

JAS PASIR GUDANG DITUBUH UNTUK MAKLUMBALAS PANTAS

IMG-20191119-WA0008.jpg
Advertisement

(DIKEMASKINI)

ISKANDAR PUTER, 19 NOV: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan cawangan di Pasir Gudang yang bertujuan untuk bertindak pantas sekiranya wujud aduan berkenaan pencemaran alam sekitar di kawasan itu.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, (MESTECC) Yeo Bee Yin, langkah itu juga sekaligus dapat memendekkan masa maklumbalas bagi sebarang aduan yang diterima.

Advertisement

“Unit Pasir Gudang telah mula ditempatkan bermula dari 29 Ogos lepas dan ruang pejabat adalah sumbangan dari pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG),” katanya pada sidang media di di Bangunan Datuk Muhammad Jaafar, di sini, hari ini.

Sementara itu, Bee Yin memberitahu, program sekolah angkat oleh pihak industri (PROSPAG) telah diperkenalkan melalui pembekalan alat pengukur gas iaitu multigas detector kepada sekolah-sekolah yang berada di kawasan Pasir Gudang.

“Majlis serahan pertama pada 26 September lepas yang telah dibuat di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 melibatkan 16 buah industri dan serahan peralatan sebanyak 25 unit kepada 25 sekolah.

Advertisement

“Sebanyak 21 industri lagi komited untuk membekalkan peralatan tersebut kepada sekolah-sekolah yang berdekatan dengan kawasan perindustrian,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Bakri itu lagi, kerajaan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM 17.7 juta bagi meningkat keupayaan pemantauan kualiti udara di kawasan industri seluruh negara, terutamanya di Pasir Gudang.

“Antaranya melalui pemasangan 25 alat pengukur gas automatic TVOC (total volatile organic compound), iaitu Photo-Ionised Detectors(PID) di sekitar Pasir Gudang untuk membina rangkaian sistem penggera masa sebenar yang bernilai RM 2.52 juta.

Advertisement

“Ia bagi memberi amaran awal supaya tindakan penguatkuasaan boleh diambil secepat mungkin. Proses pemasangan PID sedang dijalankan dan 23 daripada 25 PID telah dipasang sekitar Pasir Gudang dan dijangka akan selesai hujung bulan ini.

“Selepas pemasangan PID, proses baseline calibration akan dijalankan kira-kira tiga bulan dan dijangkakan Pasir Gudang akan menjadi kawasan industri pertama di Malaysia dilengkapi dengan ‘real time alert-system’ untuk TVOC menjelang suku ke-2 tahun 2020,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menunjukkan demonstrasi penggunaan ‘drone’, sebagai salah satu langkah penguatkuasaan yang akan dilakukan oleh JAS di perkarangan Bangunan Datuk Muhammad Jaafar.

Advertisement

“Pemantauan menggunakan ‘drone’ dijangka akan membolehkan tugas penguatkuasaan dijalankan dengan lebih cepat, terutamanya di kawasan-kawasan yang sukar dimasuki kenderaan.

“Pemantauan menggunakan ‘drone’ juga tertumpu pada sungai-sungai di sekitar Pasir Gudang bagi memantau pelepasan asap industri,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top