BM | EN | 中文

JAS keluarkan 93 kompaun terhadap premis kilang di Pasir Gudang

jabatan-alam-sekitar-DOE.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JUL: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengeluarkan 93 kompaun dan 26 notis arahan terhadap premis kilang di sepanjang Sungai Selangkah, Pasir Gudang setelah didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata kompaun dan notis itu dikeluarkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menerusi Ops Gempur yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 Julai lepas.

Ops Gempur itu dilakukan susulan laporan media yang menyatakan Sungai Kim Kim kembali bertoksik, katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurutnya pasukan penyiasat JAS yang ke lokasi aduan di Sungai Selangkah turut mendapati keadaan sungai berminyak selain terdapat bau minyak dan cat di sekitar sungai.

“Satu botol sampel air sungai sudah diambil untuk dianalisis manakala penyusuran sungai dan belukar yang dibuat tidak menemukan punca,” katanya, menambah JAS turut melakukan persampelan udara selama tiga hari bermula 25 Jun bagi mengenal pasti gas toksik.

Bagaimanapun, persamplen mendapati kepekatan gas toksik yang dicerap tidak melebihi tahap toksisiti OSHA PEL yang disyorkan, katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top